aku nak jugak menjadikan blog ku ne lebih informatif dan berakademik: haha.. nah!
Body Dysmorphic Disorder~
Setiap ciptaan Tuhan adalah unik dan indah. Namun, disebalik keunikan dan keindahan tersebut wujud golongan yang merasakan ketidak adilan ciptaanNya dengan menilai kepada rupa paras dan kelemahan perkembangan tubuh badannya. Disebabkan persepsi dan tafsiran terhadap keindahan tubuh dan rupa seseorang adalah subjektif, maka kita akan merefleksikan kecantikan dan keburukan berdasarkan doktrin kognitif diri secara individunya. Oleh yang demikian, seseorang akan merasakan ketidakselesaan terhadap tubuh badan dan rupa parasnya sepanjang masa walaupun pada hakikatnya, pada pandangan orang disekeliling, tidak timbul sebarang kecacatan dan permasalahan daripada tubuh dan rupa parasnya. Simptom inilah yang dikenali sebagai Body Dysmorphic Disorder (BDD).

Body Dysmorphic Disorder (BDD) lazimnya dikaitkan dengan pengkelasan
kecelaruan somatoform dalam DSM-IV-TR. Namun, beberapa pengkaji mendakwa
bahawa BBD merupakan salah satu kecelaruan yang berkaitan dengan sprektrum Obsessive-Cumpolsive
atau Psychotic Disorder. Dalam kata yang mudah, BDD merupakan suatu
keadaan di mana seseorang akan merasakan dirinya hodoh dan ada sesuatu yang
tidak kena pada tubuh badannya yang melibatkan anggota fizikal seperti hidung,
mulut, tubuh badan, telingan, mata dan sebagainya. Padahal, di mata masyarakat
sekeliling, pesakit tersebut kelihatan normal dan tidak mempunyai masalah
terhadap sebarang anggota tubuhnya. Maka, untuk menghilangkan rasa
ketidakselesaan terhadap tubuhnya, dia akan menjalani pembedahan plastik bagi
mengubah struktur dan bentuk anggota badannya, namun malangnya, setelah pembedahan
selesai dia masih merasakan sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya dan tidak
berpuas hati dengan keadaan dirinya.
BDD dikategorikan sebagai keasyikan
yang melampau terhadap bayangan dan sangkaan kecacatan terhadap penampilan
fizikal diri sendiri (Sobanski & Schmidt, 2000). James, Jeff & Pam (1995) pula merujuk BDD
sebagai kebimbangan penampilan tubuh badan yang melibatkan keasyikan dan obsess
berlebihan terhadap penampilan fizikal yang dilihat sebagai bermasalah
berbanding orang lain. David & Susan (2000) dalam kajian mereka pula menyatakan
lazimnya, pesakit BDD akan cenderung menghabiskan masa berjam-jam di hadapan
cermin namun psikopatologi ataupun faktor penyebab yang mengekalkan kelaziman
tingkah laku tersebut masih kurang jelas.
5.0 SIMPTOM-SIMPTOM BDD
Apakah tanda-tanda kepada
BDD?
·
Terlalu obsess dan terlalu memikirkan
mengenai penampilan fizikalnya.
·
Sering melihat kepada cermin dan
menghabiskan masa yang lama di hadapan cermin ataupun
mengelakkan diri daripada berhadapan dengan cermin
·
Kepercayaan mereka terlalu kuat walaupun
tuada bukti yang menyokongnya.
·
Sentiasa menutup bahagian anggota badan yang
dirasakan bermasalah (seperti
memakai
topi, scarf dan kosmetik)
·
Sering bertanyakan kepada orang lain
mengenali penampilan dirinya sama ada dia kelihatan
baik ataupun tidak.
·
Sering membuat temujanji yang tidak perlu
kepada medical professional/pembedahan
·
Membuat pembedahan plastik berulang kali
·
Mengelakkan diri dengan persekitaran dan
kurang bersosial, mengelakkan tempat- tempat
awam seperti sekolah, tepat kerja dan sebagainya.
·
Jarang keluar rumah ataupun hanya akan
keluar rumah pada waktu malam
·
Mempunyai masalah emosi seperti kebimbangan,
depressi dan lemah self esteem.
·
Diet dan senaman secara berlebihan walaupun sudah kurus
actually this is my assignment. kalau nak maklumat lebih lanjut PM me k in FB. haha. :D https://www.facebook.com/sBuB.RedGinro
Dalam subjek Abnormal Psychology ni kan??
ReplyDelete