"Your friend is the man who knows all
about you, and still likes you." Elbert Hubard
“Sahabat sejati itu, orang yang ngga pernah
berhenti percaya sama sahabatnya sendiri, walau dia sudah ngga percaya lagi
sama kita.” Farida Susanty
"A real friend is one who walks in when
the rest of the world walks out." Walter Winchel
Ya. Banyak definisi banyak
konotasi dan terlalu banyak penerangan mengenai sahabat sejati. Kita boleh
kutip, amati dan pegang mana-mana pengertian yang pernah dikeluarkan oleh
sesiapa sahaja mengenai sahabat sejati ini berdasarkan penerimaan dan konsep
diri sendiri. Try Google sahabat sejati atau friendship tentu
sahaja banyak pilihan tersedia, kemudian boleh la post di Facebook menampakkan
indahnya ayat kita pada ruangan wall Facebook sendiri. Hehe. Bahana Copy
Paste sudah tersebar dan menular semakin kronik dari hari ke hari. Perkara biasa
tak perlu risau. Namun, sebagai seorang
pemikir. Saya cenderung untuk mencari kelainan dalam apa jua bentuk produk yang
saya hasilkan. My post, my tweet, my entries dan segala-galanya
seringkali ku ubah dan jana mengikut kreativiti ku sendiri, walaupun
kadang-kadang hasilnya tidaklah sekreatif mana, akhirnya usaha itu tidak lah
seinovatif mana. Namun, kelainan atas usaha ini menerbitkan erti kepuasan dan keyakinan
terhadap diri sendiri.