Welcome

“It's all in the mind.”

Psycho!

Wednesday 13 November 2013

Kembara 10 Jam

Kembara 10 jam ini merupakan kisah perjalanan menaiki bas dari Kota Kinabalu Ke Tawau. Sepatutnya, perjalanan ini akan menjadi klise. You know, pengalaman yang sama seperti perjalanan yang lalu. Almaklumlah, mungkin sudah berpuluh kali rasanya ulang alik Tawau-KK. KK-Tawau. Tapi, kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Eya lah, mengharapkan tiada apa-apa perkara baru yang berlaku, semuanya berjalan lancar dan mudah. Tapi Allah sudah mengkehendakkan perjalanan ini diulit dengan pengalaman baru yang mendebarkan, stress dan menakutkan (haha, tak mendebarkan sangat pun).. sikit-sikit jak yang menyeramkan ni.. Baca la ya.. heee

Kisah Pertama : Seat Ku Disebelah Wanita yang Sweet

Dapat seat 29 bersebelahan dengan wanita. Erm, yelah.. fikiran muda mudi sudah tentu merasakan yang duduk 10 jam dengan seorang wanita sudah tentu merupakan detik yang indah dan peluang yang hebat. apatah lagi jika wanita itu seorang yang cun dan seksei (sexy) mungkin akan menambahkan seri dalam perjalanannya. Siap bercerita, mengurat dan mengayat sekaligus minta nombor HP langsung pacaran? Mungkin. Tapi, saya tidak. Insan biasa yang mengerti konsep "Ikhtilat" di dalam Islam. Patik ni, dalam dunia sebenar, nampak jak macam sosial dan gangster (hah? gangster ka? haha... macam la) tapi, bab sentuh-menyentuh gaul menggaul ni takut juak wei.. yelah dah hukum Tuhan, tak nak main-main la.. (sejjuk aty umi bapak aku baca entri ni.. hehe). 

Masalah bila duduk bersebelahan dengan wanita dengan kerusi yang kecil, perjalanan yang jauh, mahu tidur pun berfikir nak letak kepala miring sebelah kiri kah kanan, kaki pun jadi kaku, sejuk dan sempit.. urghh.. nak dijadikan cerita, the girl ni free hair tak nak sentuh la plak bab aurat ni, panjang plak blog aku nanti, yang tu faham-faham sendiri la ya. wanita melayu yang "sweet". sweet la sebab dia senyum dekat aku. aku pun tercengang dan senyum kembali. sepanjang perjalanan tu, the girl ni asyik move it move it yeah!, gerak sana gerak sini, aku tak lah kisah sangat dengan pergerakan gimrama the girl ni kan, tapi setidak-tidaknya berusahalah untuk meminimumkan pergerakan yang menyentuh dan menyenggol diri ku ini.. huish tension, terpaksa aku yang membuang badan dan kepala sehingga lengan mencium dinding dan cermin (kamu dibenarkan membayangkan situasiku mengikut kreativiti imaginasi sendiri). kasihan kat dia yang tak boleh duduk diam, tapi aku lagi kesian beb, terhimpit terus. so, for the girls out there, please.. jagalah kulit anda daripada dicemari dengan tangan-tangan manusia ya, takut mahkota anda akan hilang digilis dengan jemari manusia. sekian.

Kisah Kedua : Polis yang Mesra dan Lucu

Sebenarnya, aku selalu jengkel dengan polis-polis yang bertugas menjaga road block dalam perjalanan KK-Tawau ni (jujurnya jugak, bakal aku dikutuk.. heee. pedulik!). setiap kali aku balik Tawau, confirm akan ada pegawai yang bertugas. First thing first, nak bagitahu kamu dulu, aku ni ada nilai empati yang tinggi ya, jangan risau. aku tahu juga dorang ni penat bertugas sampai lewat malam dan subuh mengekalkan muka yang tegas dan bengis supaya autoriti mereka di pandang dan di angkat di mata masyarakat. Jadi cara mereka berkomunikasi pun agak kencang dan garang, menegur dengan suara yang tinggi dan mempamerkan muka yang jellek!. tapi kan, negara Malaysia yang indah dan selamat ni sering dikatkan dengan ungkapan budi bahasa budaya kita, even pun mahu menunjukkan ketegasan, gunalah ketegasan yang mengekalkan erti berhikmah, kegarangan yang bertempat dan mulakanlah teguran dengan sapaan yang baik. kalaulah saya ni pendatang asing tanpa izin atau pencuri ka, perompak kah perogol kah, lain lah ceritanya, kalau saya degil kan, Lempang jak terus. Tapi ini lain kes nya, naik dalam bas dan memeriksa Identity Card setiap orang, belum tahu lagi ada tak pesalah dalam bas tu, jadi mohon untuk pegawai yang bertugas ni juga tolong bersifat empati, kitorang dah duduk berjam-jam di dalam bas sakit buntut, pinggang pun lenguh, emosi tak menentu, gusar dan takut, pompuan kat tepi lagi yang tak pandai duduk diam, nah, banyak jugak pikiran penumpang ni.. kan? nah, jadi sama-sama jaga hati, sama-sama happy. hehe

Namun, perjalanan kali ni berbeza, first time jumpa Polis yang mesra dan lucu, naik-naik jak dah buat lucu dengan gaya mengejutkan semua dari tidur. Then, check IC penumpang belakang tempat duduk aku, "wow, Timor Leste?" kata Polis. Penumpang tu tersenyum. Tak tahulah betul kah dari timor Leste atau Polis tu saja mengusik kerana penumpang tu berkulit gelap lebih gelap dari aku. "Pontama Rotama" Polis tu menyebut nama penumpang tu dengan nada yang sedikit mengusik. kemudian berpindah ke penumpang di hadapannya, "buat pa ke KK pacik? jalan-jalan di 1B?" sapanya dengan nada yang lemah lembut. sepanjang memeriksa, polis tu tersenyum dan bersahaja. urm, kan bgus macam tu, rasa selesa dan bahagia. haha, nak bagitahu sini, boleh jak pun sebenarnya polis ni menunjukkan rasa mesranya dengan rakyat kebanyakan ni, tak menjejaskan apa-apa pun, bahkan menambah keyakinan masyarakat kepada polis dan pihak berkuasa yang sama waktu dengannya. 

Kisah Ketiga : Aku Sesat Lagi!

Terus terang, dalam hidup aku ni dah banyak kali sesat, otak aku ni bodoh sikit ni kalau nak hafal dan ingat pasal jalan-jalan kat mana-mana peta dunia. orang yang kenal aku mesti baccat ngan aku lau pasal jalan-jalan ni.. hehe. Dah dua hari sampai Tawau, tapi masih lagi tak sampai-sampai ke Kampung halaman. Bukan sebab sesat ya, tapi, sebab singgah di rumah Cousin kat Taman Megah Jaya. kampung aku tu jauh lagi dari Bandar Tawau, kira-kira 35 KM dari Tawau. jauh kan? nah, kat Taman Megah Jaya ni aku tak familiar sangat jalannya and banyak sangat lorong dan stroke. macam rumah cousin aku ni, lorong 10 stroke 2. erm.. masa dalam bas tu, aku dah siap-siap bagitau kat konduktor bas nya. aku nak turun di Megah Jaya traffic light simpang batu 4. konduktor tu dah bingung. dia kata, Megah Jaya kat Batu 3. Plus, di Batu 4 dan Batu 3 takda pun traffic light. erm, jadi bilangnya kau turun di Simpang Megah Jaya, Batu 3. aku okeoke jak la kan, mana lah aku tau kesian. 

Baik! cerita aku sesat ni bermula begini, bas tu kasi turun aku kat Simpang Megah Jaya di Batu 3. memang sebenarnya tempat tu dah sah-sah salah dan bukan tempat yang betul untuk turunkan penumpang yang mahu ke Lorong 10/2. aku dah mula gelabah. sebab tempat aku turun tu salah. waktu tu aku sampai jam 4.30 am. subuh-subuh buta lagi tu. Nah, sangat suasana yang krik-krik di tepi jalan tu ya.. aku try call my Mummy (actually my Aunty) nah, langsung tak di angkat. Yela, confirm la sedang tidur nyenyak kan. erm.. kira-kira 20 kali juak la aku miss call mummy waktu tu.. Penat doh, nda di angkat. Lorong yang gelap di tepi kanan dan kiri pokok2 jak. pastu, nak tak nak aku takda pilian. Aku jalan jak la memberanikan diri masuk lorong yang salah tu sebab aku tahu, ada juak tembusnya tu sampai ke rumah Cousin aku tu, cuma jauh dan berliku sikit la jalannya. aku masuk lorong tu, kira-kira 200 meter la. aku jumpa Gereja. erm.. tiba-tiba jak dekat gereja tu ada yang menemani. kalau manusia oke juak. tapi ini ANJING! eee... najis Mughallazah lagi! anjing kaw! anjing betul!. anjing tu berlari di tepi ku, punya aku terkejut berok! aku ingat dia saja-saja nak lalu, then kira-kira 20 meter di hadapan ku, dia berhenti dan mengonggong sekuat hati sambil menghadap aku. kick betul anjing ni bikin takut joo.. aku ni buat-buat yakin jak la kan.. bermonolog dalam hati "sendiri jak ko ni anjing, one by one pun belum tentu ko menang" ceh aku majulah dengan yakinnya. Tapi, ternyata anjing itu licik sekali, gonggongannya itu sebenarnya seruan memanggil sahabat dan konco-konconya. tetiber jak konco-konconya datang sambil tersenyum-senyum (senyum tu aku tipu) semua menggonggong macam lah aku ni mau mencuri. memang dasar anjing.. aku pun terus pusing 180 darjah tanpa menoleh mengheret bagasi laju-laju kalah athlete jalan kaki laju kuuu... ketakutan berabis joo.. eee.... balik la aku dekat gereja 2. aku try lorong lain makin aku bingung sebab banyak sangat jalan masuk ke tempat-tempat yang berbeza. last sekali aku nampak la Lorong 6. esh, tak boleh jadi ni aku makin bingung, sebab bila aku masuk lorong 6 tu terjumpa aku 6 lorong yang bersimpang siur.. eshh.. aku tak tahu lah sembarangan orang jak aku kol. student aku di MRSM Sandakan c Haziq pun aku kol, junior di Kuhara si Fadhil Muaz pun aku kol, even kazen aku c Ika d UMS pun aku kol juak sebab bingung sua aku tapi semua tidur mati bha.. adui.. aku men jalan jak, masuk jak lorong sembarangan, dah la rumah-rumah di Megah Jaya ni tak sah kalau ndak bela anjing. eee.... tak sunyi ya perjalanan ku, di gong2 terus oleh anjing di sana sini. tapi oke juak aku jumpa lorong 6, lorong 8.. last-last aku jumpa juak lorong 10/1 hehehe.. ya Allah happy nya hati ku.. bila masuk lorong 10/2 tu.. erm.. macam perasaan ku ni susah maw di cakap. lebih gembira lagi masa ku dapat keputusan SPM ku dulu.. haha.. akhirnya, dipendekkan cerita.. sampai lah aku di rumah kazen aku tuu... adik sepupuku c Hafiz belum tidur laik, kin geram jak.. aku takda nombor telefonnya. eee.. geram tauk. hahaha... becerita mati kami sampai lah hari siang... ZZzZZZz..

pengalaman ku~ How sweet my Life is. :D

14 comments:

  1. abang budin, kisah org perempuan tu kelakar... rasa nak tergelak.. hehe

    ReplyDelete
  2. Nice story.... I love it... Awesome... Thank god you found ur kazen... Fantabulastic..

    ReplyDelete
  3. thanx sebab membaca :-D

    appreciate it :D

    ReplyDelete
  4. Nice story Cg. Shah... Cikgu tak pergi MRSM lagi ker? Tengok kami... Berapa keputusan SPM cg? Hehe...

    ReplyDelete
  5. hahahhaha....budin2.. :p
    punya la siuk..len kali naek bus bha lgy..haha

    ReplyDelete
  6. haha, filem kah? ala novel la dulu.... InsyaAllah...

    Amizah: 5A saja.... :D

    ReplyDelete
  7. Addiq: pengalaman bha ni.. syok~ hehe

    Herna: sama2 kita naik bas nang.. haha.. ada juak story sama2

    ReplyDelete
  8. hahah..lo kita sma2 d bus,bertOgeh nya sak bnyak..
    din...cerita bha knangan terindah mu hdup d asrma dulu..hahah
    ke kaw lupa suda ni..??haha

    ReplyDelete
  9. Hyeir Nah:

    sabar la kau.. memang banyak cer kalau semua mau d cer.. hehe

    ReplyDelete
  10. hahahaha.....rindu maw imbau kngan khidupan d skola asrma ni..hahah
    bha,d tnggu bha.. ^_~

    ReplyDelete
  11. I really like how you formatted your notes.
    โคนัน เดอะมูฟวี่

    ReplyDelete