Welcome

“It's all in the mind.”

Psycho!

Tuesday 19 November 2013

Sahabat Sejatiku

"Your friend is the man who knows all about you, and still likes you." Elbert Hubard


“Sahabat sejati itu, orang yang ngga pernah berhenti percaya sama sahabatnya sendiri, walau dia sudah ngga percaya lagi sama kita.” Farida Susanty


"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out." Walter Winchel


Ya. Banyak definisi banyak konotasi dan terlalu banyak penerangan mengenai sahabat sejati. Kita boleh kutip, amati dan pegang mana-mana pengertian yang pernah dikeluarkan oleh sesiapa sahaja mengenai sahabat sejati ini berdasarkan penerimaan dan konsep diri sendiri. Try Google sahabat sejati atau friendship tentu sahaja banyak pilihan tersedia, kemudian boleh la post di Facebook menampakkan indahnya ayat kita pada ruangan wall Facebook sendiri. Hehe. Bahana Copy Paste sudah tersebar dan menular semakin kronik dari hari ke hari. Perkara biasa tak perlu risau. Namun, sebagai seorang pemikir. Saya cenderung untuk mencari kelainan dalam apa jua bentuk produk yang saya hasilkan. My post, my tweet, my entries dan segala-galanya seringkali ku ubah dan jana mengikut kreativiti ku sendiri, walaupun kadang-kadang hasilnya tidaklah sekreatif mana, akhirnya usaha itu tidak lah seinovatif mana. Namun, kelainan atas usaha ini menerbitkan erti kepuasan dan keyakinan terhadap diri sendiri.


Sahabat SPKS, Kolej Kediaman CD, UMS


Untuk entry kali ni, ku simpan kelam senyuman dan tawa. Ruang untuk lebih serius dan matang. Saya ingin membawa pembaca menyelami konotasi sahabat sejati dari perspektif empunya blog. Tentunya, setiap dari kita mempunyai sahabat sejati sendiri, Best Friend Forever (BFF), sahabat Dunia Akhirat dan macam-macam lagi nama gelaran. Kalau tidak ada sahabat sejati sekarang pun, mungkin kita pernah ada atau akan ada someone special suatu hari nanti.


“Sahabat sejati adalah apabila kau melabelkan Dia sebagai sahabat sejati” Shahbudin Beddu.


Semudah itu definisi ku berikan. Perkiraan sahabat sejati adalah persoalan hati. Tak kiralah macam mana sekalipun seseorang itu memperlakukan anda. Andai hatimu masih mengiktiraf dia sebagai sahabat sejati, selama itulah dia masih menjadi sahabat sejatimu. Seringkali, dalam hidup ini, ku perlakukan seseorang seperti angin. Umpama hadirnya tidak penting. Hanya bayangan sahaja. Aku asyik dengan sahabat yang lain. Namun, saban hari, dia masih mengambil berat padaku, masih sedia menghulurkan tangan dan masih juga setia di sisiku. Barulah aku sedar, betapa khilafnya hati ini. Tersalah mengerti makna sahabat sejati. Mungkin selama ini, dia menganggapku sebagai sahabat sejati meskipun ironinya aku tidak berperasaan begitu. Kerana itu, hatinya sentiasa bersama ku tanpa jemu. Dari situ, aku mengerti, erti sahabat tidak boleh diukur kerana peduli seseorang itu, bukan juga ukurannya pada setianya dia mengiyakan setiap katamu, tapi, indahnya erti persahabatan sebenar adalah bila kita merelakan hati untuk menerima dan mengikitiraf orang lain sebagai sahabat sejati.
Sahabat Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS

Saya punyai ramai sahabat sejati. Dalam tiap pengembaraan hidupku, banyak persinggahan yang ku lalui. Di setiap persinggahan aku mengumpul dan membentuk sahabat sejatiku. Dari lorong ke lorong, dari simpang yang bersiur, dari setiap pelusuk bumi, banyak detik gembira ku perolehi bersama sahabatku. Tidak penting apa yang mereka rasa terhadapku, kerna ku sudah buat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Namun yang lebih penting apa yang ada pada mereka sehingga hati ini tertarik lalu ku hadiahkan mereka pengiktirafan sahabat sejati itu. Mungkin kadang-kadang seolah-olah ku tidak mempedulikan kamu, tetapi percayalah namamu sering hadir dalam tiap doaku, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya…

namun, aku sering mengingatkan diri, adalah tidak adil untuk meletakkan nilai sahabat sejati hanya pada orang yang selalu bersama kita dan yang kerap kita jumpa, cukuplah sekadar insan yang apabila kita bertemu, pertemuan kita itu membuahkan bibit-bibit ukhwah dan kasih sayang, kita mampu tersenyum dan tertawa tanpa ada yang tersakiti. kalau pun ada yang terluka, sakit itu akan hilang serta merta tanpa membekas kerana tingginya nilai persahabatan kita. Terima kasih sahabat. aku berhutang kepada kamu semua. Hutang budi yang terlalu banyak.. jumpa lagi..



Sahabat-Sahabat beraya


Sahabat yang bakal bergraduasi bersama


Sahabat ntah papa


no need to mention
Rakan Debat


the girls
Red Theme


Sahabat SMK Merotai


Sahabat Asrama SMK Kuhara
Sahabat lama




No comments:

Post a Comment