Welcome

“It's all in the mind.”

Psycho!

Monday 11 November 2013

biarlah pengalaman berbicara~

haah..Assalamualaikum.. Hari kedua menjadi Blogger (masih dalam mood keterujaan tahap Gaban). hehe, post semalam ku kisahkan kepada pembaca serba sedikit mengenai Tuan Punya Blog ni, sikit jerh tak banyak. asal ada jak tu, kalau mau tahu dan tahu lagi, terus jak pegi Facebook ku (shahbudin Beddu) ceh, mempromote lagi! hahaha.. baiklah, pembaca-pembaca sekalian.. (aku ni asyik berangan jak yang ramai orang baca blog ni, ntah-ntah aku post, aku lah jugak satu-satunya pembaca setia blog ni..hehe) Hidup perlu yakin. oke hipotesis awal ku, ramai orang baca blog ni (perasan :P). untuk post kali ni, kisah yang ingin ku kongsikan adalah kisah kehidupan seorang pemuda (aku lah tu) yang asalnya dari kampung, dan dibesarkan juga dalam suasana kampung.. eh, macam bosan kah? haha.. lek luu, baca la dulu arh... pleaseee.... (sambil tangan di bahu, kepala ke tepi dan lidah tkluar). :P




Tatkala aku sedang menyiapkan entri kedua ini, aku sedang berada di UMS, KK kampus tercinta. dah hampir sebulan rasanya berjauhan dengan keluarga. teringat dengan suasana di kampung, terimbau kebingitan suara manusia-manusia yang menghuni rumah agam ku, keriuhan bunyi haiwan berlagu-laguan, macam-macam ada kambing, ayam, kucing, cangkerik, katak, tikus dan anjing pun ada, nasib jak babi takda lagi di kampung aku,. Yaa. membesar dalam suasana kampung. What do you expect?
suasana kampung... erm.. antara moment-moment yang masih segar dalam ingatan yang melibatkan keindahan alam di siring rumah dan kampung.

1) adik aku pernah kena kejar oleh My Daydi gara-gara malas sekolah, habis satu round kebun dorang marathon. since my Daydi ni Driver Bus kan adalah kantung2 syiling di pinggangya masa 2.. yang kalau kita ikut jejak dorang berkejar-kejaran masa tu akan terjumpa banyak syiling daripada My Daydi di sepanjang perjalanan. haha, last-last pi skolah jugak dia, apa tidak sudah kena kejar guna batang ubi kayu. hahahah.. aku tak la gelak masa tu, takut jugak, terus takut skip skolah. akhirnya, sepanjang aku bergelar pelajar sekolah aku menjadi sangat rajin, sangat bersungguh-sungguh. kalau ku kenang semula, jauh sekali perbandingannya Budin SMK dan Budin UMS.. haha, di UMS susah nak cakap, ponteng itu menjadi kebiasaan.. :(

2) Aku pun pernah jugak kena kejar ni, tapi bukan My daydi yang kejar. masa tu my Sis yang kejar. di rumah kami ni pun ada protokol tertentu. Walaupun orang kampung ada juak protokolnya kan. waaah hebat.. haha, My Sis masa tu tegas sikit la.. haha, tiap petang mesti kena suruh tidur, eee lecehnya.. jadi, masa dia tak perasan dan sudah terlalai dari memerhati kitorang, aku lari dari rumah pergi rumah nenek ku, kira-kira 100 meter la dari rumah ku, tapi malangnya dia ternampak, terus jadi macam acara 100 meter pecut antara sibling. haha, tapi, masa sampai di rumah nenek ku tu, aku simpan selipar di tangga rumah nenek aku, terus aku pi betapok di celah2 ubi kayu dengan berkaki ayam supaya dia sangka aku dalam rumah nenek. hahahahaha. kakak ku tu mengamuk2 naik rumah nenek aku tapi tak jumpa. kehkehkeh. tengok tak? aku masa budak2 lagi dah bijak kan? hehe. mungkin sebab itulah aku sekarang pun bijak (gurau ya)

3) main cicit, main tapok-tapok, main polis2, main guli, main kapal terbang, semua la kami main. sekarang ni, aku tak tahu lah ke mana hilang jati diri manusia, ceh.. haha. aku balik kampung, mana da sua ku nampak budak2 main ni semua, dorang layan Running Man, layan Dota, layan HP. itu jak.. rugi la kamu deq. dulu, masa kami masih kecik and still young, reban ayam, tangki rumah, bas bapak, even kebun jiran pun jadi tempat bersembunyi. macam-macam kenangan siap ajak satu kampung lagi main.. syok nyaaa... hahaha.. itulah antara kenangan yang hari ini susah mau diimbau sebab generasi muda dah tak layan game2 macam ni..


sebenarnya, apa signifikan kisah di atas.. hee, semasa beranjak ke usia dewasa dan tua, aku meninggalkan masa lalu pergi begitu sahaja, inilah yang sering digambarkan sebagai perkara yang paling jauh. tak dapat di ulang, tak dapat di nikmati semula. lantas, aku sedar, dalam setiap detik kehidupanku ini, tiada waktu yang paling sesuai untuk menikmatinya melainkan ketika ianya sedang berlaku dan berlangsung. di keeseokan harinya, aku tak mahu merindui masa yang sudah berlalu. biar kan lah ia berlalu, jadi hari ini, aku ingin menikmati setiap yang berlaku, bersyukur dan sentiasa mencari kebahagiaan yang lebih di keesokan hari. hidup ini indah, jangan kerana keindahan semalam, kita terkenang-kenang dan merindui untuk kembali ke detik itu. hari esok sentiasa tersedia untuk kita mencari erti yang lebih bermakna.. (sweet kan ayatku...) hahaaa ..





3 comments:

  1. ckgu mgasi jeles sma kami arh!
    jeles yg teramat

    ReplyDelete
  2. Impian Lydia:

    tak perlu la bha jeles :D
    setiap orang kan ada pengalaman yang tersendiri :D

    mine is precious.. so do you :D

    ReplyDelete
  3. I really like how you formatted your notes.
    โคนัน เดอะมูฟวี่

    ReplyDelete