Welcome

“It's all in the mind.”

Psycho!

Tuesday 19 November 2013

Sahabat Sejatiku

"Your friend is the man who knows all about you, and still likes you." Elbert Hubard


“Sahabat sejati itu, orang yang ngga pernah berhenti percaya sama sahabatnya sendiri, walau dia sudah ngga percaya lagi sama kita.” Farida Susanty


"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out." Walter Winchel


Ya. Banyak definisi banyak konotasi dan terlalu banyak penerangan mengenai sahabat sejati. Kita boleh kutip, amati dan pegang mana-mana pengertian yang pernah dikeluarkan oleh sesiapa sahaja mengenai sahabat sejati ini berdasarkan penerimaan dan konsep diri sendiri. Try Google sahabat sejati atau friendship tentu sahaja banyak pilihan tersedia, kemudian boleh la post di Facebook menampakkan indahnya ayat kita pada ruangan wall Facebook sendiri. Hehe. Bahana Copy Paste sudah tersebar dan menular semakin kronik dari hari ke hari. Perkara biasa tak perlu risau. Namun, sebagai seorang pemikir. Saya cenderung untuk mencari kelainan dalam apa jua bentuk produk yang saya hasilkan. My post, my tweet, my entries dan segala-galanya seringkali ku ubah dan jana mengikut kreativiti ku sendiri, walaupun kadang-kadang hasilnya tidaklah sekreatif mana, akhirnya usaha itu tidak lah seinovatif mana. Namun, kelainan atas usaha ini menerbitkan erti kepuasan dan keyakinan terhadap diri sendiri.

Wednesday 13 November 2013

Kembara 10 Jam

Kembara 10 jam ini merupakan kisah perjalanan menaiki bas dari Kota Kinabalu Ke Tawau. Sepatutnya, perjalanan ini akan menjadi klise. You know, pengalaman yang sama seperti perjalanan yang lalu. Almaklumlah, mungkin sudah berpuluh kali rasanya ulang alik Tawau-KK. KK-Tawau. Tapi, kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Eya lah, mengharapkan tiada apa-apa perkara baru yang berlaku, semuanya berjalan lancar dan mudah. Tapi Allah sudah mengkehendakkan perjalanan ini diulit dengan pengalaman baru yang mendebarkan, stress dan menakutkan (haha, tak mendebarkan sangat pun).. sikit-sikit jak yang menyeramkan ni.. Baca la ya.. heee

Monday 11 November 2013

Body Dysmorphic Disorder

aku nak jugak menjadikan blog ku ne lebih informatif dan berakademik: haha.. nah!

Body Dysmorphic Disorder~

Setiap ciptaan Tuhan adalah unik dan indah. Namun, disebalik keunikan dan keindahan tersebut wujud golongan yang merasakan ketidak adilan ciptaanNya dengan menilai kepada rupa paras dan kelemahan perkembangan tubuh badannya. Disebabkan persepsi dan tafsiran terhadap keindahan tubuh dan rupa seseorang adalah subjektif, maka kita akan merefleksikan kecantikan dan keburukan berdasarkan doktrin kognitif diri secara individunya. Oleh yang demikian, seseorang akan merasakan ketidakselesaan terhadap tubuh badan dan rupa parasnya sepanjang masa walaupun pada hakikatnya, pada pandangan orang disekeliling, tidak timbul sebarang kecacatan dan permasalahan daripada tubuh dan rupa parasnya. Simptom inilah yang dikenali sebagai Body Dysmorphic Disorder (BDD).

biarlah pengalaman berbicara~

haah..Assalamualaikum.. Hari kedua menjadi Blogger (masih dalam mood keterujaan tahap Gaban). hehe, post semalam ku kisahkan kepada pembaca serba sedikit mengenai Tuan Punya Blog ni, sikit jerh tak banyak. asal ada jak tu, kalau mau tahu dan tahu lagi, terus jak pegi Facebook ku (shahbudin Beddu) ceh, mempromote lagi! hahaha.. baiklah, pembaca-pembaca sekalian.. (aku ni asyik berangan jak yang ramai orang baca blog ni, ntah-ntah aku post, aku lah jugak satu-satunya pembaca setia blog ni..hehe) Hidup perlu yakin. oke hipotesis awal ku, ramai orang baca blog ni (perasan :P). untuk post kali ni, kisah yang ingin ku kongsikan adalah kisah kehidupan seorang pemuda (aku lah tu) yang asalnya dari kampung, dan dibesarkan juga dalam suasana kampung.. eh, macam bosan kah? haha.. lek luu, baca la dulu arh... pleaseee.... (sambil tangan di bahu, kepala ke tepi dan lidah tkluar). :P


Sunday 10 November 2013

Aku Budak Psycho

(Baru Belajar)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WTB. kalam dari Syurga buat semua pembaca (Nah, canggih ayat permulaan)

Ntah apa perasaan yang bermain dalam dalam hati sekarang, suatu rasa yang sukar diterjemah sukar jua dimengerti. mungkin para blogger lebih  memahami, kerna mereka juga pernah melalui detik yang serupa dengan empunya diri sekarang. ya lah, first time plak ber'blog' segala ni. mestilah kebaruan, haha. kalau orang Tawau cakap "kejakunan" la sikit.. sikit jak ya, (jangan pulak kamu membayangkan aku ni sekarang sedang kejakunan macam otok-otok pala'u di tepi Sabindo tu, bukan..) Mungkin sedikit excited berbaur blurred. mau menaip pun, ndada idea. haha. jadi untuk first entri blog ku ni, muqaddimahnya, aku mau kasi kenal la kamu semua dengan diri ku yang tak seberapa ensem ni ya (tapi ada jugak yang cakap aku ni ensem) jadi aku ambil pendapat yang kedua tulah ya, aku ensem. Hehehe. mintak puji kan? Haha, sekali sekala bha memuji diri. Jadi macam aku mau intro dulu.. jeng jeng jeng! hahaha.. mesti kamu ndak sabar kan. bhabha.. tapi kejap dulu, lapar!

newborn!

First Time ber Blog!