Welcome

“It's all in the mind.”

Psycho!

Sunday 10 November 2013

Aku Budak Psycho

(Baru Belajar)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WTB. kalam dari Syurga buat semua pembaca (Nah, canggih ayat permulaan)

Ntah apa perasaan yang bermain dalam dalam hati sekarang, suatu rasa yang sukar diterjemah sukar jua dimengerti. mungkin para blogger lebih  memahami, kerna mereka juga pernah melalui detik yang serupa dengan empunya diri sekarang. ya lah, first time plak ber'blog' segala ni. mestilah kebaruan, haha. kalau orang Tawau cakap "kejakunan" la sikit.. sikit jak ya, (jangan pulak kamu membayangkan aku ni sekarang sedang kejakunan macam otok-otok pala'u di tepi Sabindo tu, bukan..) Mungkin sedikit excited berbaur blurred. mau menaip pun, ndada idea. haha. jadi untuk first entri blog ku ni, muqaddimahnya, aku mau kasi kenal la kamu semua dengan diri ku yang tak seberapa ensem ni ya (tapi ada jugak yang cakap aku ni ensem) jadi aku ambil pendapat yang kedua tulah ya, aku ensem. Hehehe. mintak puji kan? Haha, sekali sekala bha memuji diri. Jadi macam aku mau intro dulu.. jeng jeng jeng! hahaha.. mesti kamu ndak sabar kan. bhabha.. tapi kejap dulu, lapar!



oke. sambung, setelah 5 jam pause (makan, minum, FB, 1 piece dll) baru ada mood mau sambung, uh susah jugak ber'blog' ni, silap jadi goblog kita nanti. haha. oke. menanti mood datang umpama menanti kucing bertanduk (bhe, melampau jugak.. ndak la bha, kena rajin sikit lama-lama biasa la tu kan..) oke. sekarang ni jam 01.07 am, duduk bersila depan laptop di lantai, berbaju hijau menyala. eh, selalu merah yang menyala, tapi ini betul, baju hijau ne terlalu menyala macam safety shirt sudah ni, seluar slack coklat, dengan rambut yang  tidak terurus (masih mengekalkan kehenseman ya) erm.. saja memberitahu semua ni supaya pembaca boleh membayangkan situasiku sekarang, yang sedang duduk terhegeh-hegeh depan laptop Dell yang buruk ni demi menyiapkan entri pertama blog ku ni.. esh. apa aku melalut ni.. tadi kata mau perkenalkan diri.. haha, mesti pembaca dah start meluat.. euuwww... atau memaki sudah dalam hati.. ahha.. okeoke.. jap ya peminat..


Itu aku. yang sebelah kanan pembaca ya. bukan yang sedikit gelap tu. itu c pudin, haha. junior merangkap besfren, bole la... best la juak.. walaupun xla best sangat. haha.. nanti marah plak si Pudin kalau dia baca.. hihi. eyala eyala.... bestpren yang sangat bestpren lah palek.. hehe.. saya seorang kaunselor (bukan kaunselor sebenar ya, just bakal bergraduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling). Kelahiran Bawah bayu yang mempunyai bahasa kesabahan yang sering disangka merupakan pengunjung Indonesia kalau berbicara dengan mana-mana orang semenanjung. biasa dah, oke jer.. asal buka mulut keluar lah tafsiran dan sangkaan yang saya ni dari Indonesia. hallo? haha. Pure Sabah ya.. maybe lah ada setitis darah Indonesia yang berasal dari nenek moyang yang entah berapa generasi yang lalu. masa lahir, my Mummy (di rumah panggil Umi) bagi nama Shahbudin. smart kan? tapi, sepanjang aku hidup 23 tahun 3 bulan ni, nama bapak ku lah jugak yang lebih popular dan diminati ramai (sedikit jelly di sini). mungkin satu kejayaan dan sekalung penghargaan buat Nenek aku yang menamakan Bapak aku dengan nama "Beddu" hot dan top sangat, sampai ramai yang suka menyebut namanya di sana sini termasuklah yang suka mengolok kan? (mengolok=mengejek). jadi, pembaca sekalian kena ingat, sila panggil aku dengan nama yang tepat Shah, Budin, Bud atau Din. mana-mana jer. itupun kalau ada peluang jumpa kat luar ya, atau kamu jadi peminat alam maya jak kah? haha. over plak aku ni, dah la tulisan hamburr.. kekekeke... :P



Mendapat doktrin dan didikan sebagai seorang ahli psikologi menjadikan aku terdidik sebagai seorang yang sentiasa berfikir (dah nama belajar psikologi) kajian tentang minda. jadi berfikir jak la kerja ku. hehe, gambar tersebut, sekiranya diamati memberikan gambaran yang aku ni seorang yang suka berkawan, periang, dan mudah mesra dengan orang lain (ini pandangan peribadi ya). pandangan peribadi dalam sudut psikologi dipanggil sebagai konsep kendiri iaitu bagaimana kita melihat diri sendiri. jadi jangan marah kalau aku mengada-ngada sikit, itulah hakikat tanggapan kendiri ku. hehe. terima jak la ya.. tapi, mungkin bagi yang tidak mengenali diri ini menilai aku sebagai seorang yang introvert. Kata mudahnya kurang bergaul, kurang bercakap. dan kadang-kadang ada yang melihat aku sebagai extrovert (lawan bagi introvert lah..). jangan bingung jangan pening, sebab aku sebenarnya seorang yang ambivert. haha, makin pening? nah, sapa suruh tak belajar psikologi.. hehe, ambivert ni merujuk kepada seorang individu yang memiliki kedua-dua ciri introvert + extrovert, kadang-kadang bising, kadang-kadang senyap, macam aku la. tengok keadaan la. hehe.. kadang-kadang aku ni macam pemalu juak ni.. (hee, malunya mengaku begini..)

Oke. Tak banyak yang boleh dikongsi dalam entri pertama ni, apapun, terima kasih kerana sudi membaca. kalau anda kelahiran semenanjung dan tidak pernah bergaul dengan budak Sabah, mungkin mengalami sedikit masalah memahami konotasi makna kata ku yang gramatis ni.. ini lah bahasa perbualanku, dialek Sabah dan Tawau yang kuat. kita kan 1 Malaysia, biasakan diri lah dengan bahasa-bahasa nenek moyang ku yang indah ni k. hehe. c u... saya ini budak baru belajar, harap ditunjuk ajar, supaya semakin terpelajar, tidak lah kurang ajar.. jangan ter"psycho" sudah.. daaaa... Assalamualaikum. sebelum mengundur diri nak ucap terimakasih bebanyak dengan kawan aku Addy Azizul Jeffrey sebab dia lah yang tolong buat kan blog ni dan beri tunjuk ajar.. hehe. aku ada guru baru la kalau begini ni.. herm.. out dulu.. lewat betul sudah ni.. haha.. penat bha menaip ni.! :D

No comments:

Post a Comment