Welcome

“It's all in the mind.”

Psycho!

Monday 11 November 2013

Body Dysmorphic Disorder

aku nak jugak menjadikan blog ku ne lebih informatif dan berakademik: haha.. nah!

Body Dysmorphic Disorder~

Setiap ciptaan Tuhan adalah unik dan indah. Namun, disebalik keunikan dan keindahan tersebut wujud golongan yang merasakan ketidak adilan ciptaanNya dengan menilai kepada rupa paras dan kelemahan perkembangan tubuh badannya. Disebabkan persepsi dan tafsiran terhadap keindahan tubuh dan rupa seseorang adalah subjektif, maka kita akan merefleksikan kecantikan dan keburukan berdasarkan doktrin kognitif diri secara individunya. Oleh yang demikian, seseorang akan merasakan ketidakselesaan terhadap tubuh badan dan rupa parasnya sepanjang masa walaupun pada hakikatnya, pada pandangan orang disekeliling, tidak timbul sebarang kecacatan dan permasalahan daripada tubuh dan rupa parasnya. Simptom inilah yang dikenali sebagai Body Dysmorphic Disorder (BDD).

           Body Dysmorphic Disorder (BDD) lazimnya dikaitkan dengan pengkelasan kecelaruan somatoform dalam DSM-IV-TR. Namun, beberapa pengkaji mendakwa bahawa BBD merupakan salah satu kecelaruan yang berkaitan dengan sprektrum Obsessive-Cumpolsive atau Psychotic Disorder. Dalam kata yang mudah, BDD merupakan suatu keadaan di mana seseorang akan merasakan dirinya hodoh dan ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badannya yang melibatkan anggota fizikal seperti hidung, mulut, tubuh badan, telingan, mata dan sebagainya. Padahal, di mata masyarakat sekeliling, pesakit tersebut kelihatan normal dan tidak mempunyai masalah terhadap sebarang anggota tubuhnya. Maka, untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan terhadap tubuhnya, dia akan menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur dan bentuk anggota badannya, namun malangnya, setelah pembedahan selesai dia masih merasakan sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya dan tidak berpuas hati dengan keadaan dirinya.

           BDD dikategorikan sebagai keasyikan yang melampau terhadap bayangan dan sangkaan kecacatan terhadap penampilan fizikal diri sendiri (Sobanski & Schmidt, 2000).  James, Jeff & Pam (1995) pula merujuk BDD sebagai kebimbangan penampilan tubuh badan yang melibatkan keasyikan dan obsess berlebihan terhadap penampilan fizikal yang dilihat sebagai bermasalah berbanding orang lain. David & Susan (2000) dalam kajian mereka pula menyatakan lazimnya, pesakit BDD akan cenderung menghabiskan masa berjam-jam di hadapan cermin namun psikopatologi ataupun faktor penyebab yang mengekalkan kelaziman tingkah laku tersebut masih kurang jelas. 
5.0      SIMPTOM-SIMPTOM BDD

Apakah tanda-tanda kepada BDD?
·                Terlalu obsess dan terlalu memikirkan mengenai penampilan fizikalnya.
·                Sering melihat kepada cermin dan menghabiskan masa yang lama di hadapan cermin            ataupun mengelakkan diri daripada berhadapan dengan cermin
·                Kepercayaan mereka terlalu kuat walaupun tuada bukti yang menyokongnya.
·                Sentiasa menutup bahagian anggota badan yang dirasakan bermasalah (seperti            
memakai topi, scarf dan kosmetik)
·                Sering bertanyakan kepada orang lain mengenali penampilan dirinya sama ada dia            kelihatan baik ataupun tidak.
·                Sering membuat temujanji yang tidak perlu kepada medical professional/pembedahan
·                Membuat pembedahan plastik berulang kali
·                Mengelakkan diri dengan persekitaran dan kurang bersosial, mengelakkan tempat-           tempat awam seperti sekolah, tepat kerja dan sebagainya.
·                Jarang keluar rumah ataupun hanya akan keluar rumah pada waktu malam
·                Mempunyai masalah emosi seperti kebimbangan, depressi dan lemah self esteem.
·                Diet dan senaman secara berlebihan walaupun sudah kurus



actually this is my assignment. kalau nak maklumat lebih lanjut PM me k in FB. haha. :D https://www.facebook.com/sBuB.RedGinro







1 comment: